assalamualaikum
Dapatkan buku Mohammed Morsi : Khilafah Islam Kembali Bermula di Bumi Kinnah (Mesir)
Prof. Dr. Mohammed Morsi adalah salah seorang hamba Allah SWT yang
dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah
(Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang dirindui oleh penduduk negeri
Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini. Beliau
diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang
berbunyi, “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang
memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan mereka
meyakini ayat-ayat Kami.” [ Surah as-Sajadah : 24
Lahir di Kampung Al-Adawah daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah
pertanian di bahagian Timur Mesir dengan pelbagai amalan agama yang
menjadi tradisi secara turun- temurun, menjadikan Mohammed Morsi tumbuh
kembang dalam tradisi dan warna agama yang bersinar dalam dirinya sejak
kecil lagi. Meskipun beliau hidup dalam kesederhanaan kerana bapanya
hanyalah seorang petani dan ibunya seorang suri rumah tangga, semua itu
tidak menjadi halangan bagi beliau untuk mencapai cita-cita besarnya
iaitu menjadi manusia yang berguna kepada negara dan agamanya.
Seperti kebiasan anak-anak Mesir yang lain, sejak kecil, Mohammed Morsi
dibawa ibu bapanya ke Kuttab (surau kampung) untuk menghafal ayat-ayat
al-Quran yang disemak oleh seorang syeikh. Kebiasaan itu diteruskan
sehingga beliau dapat menghafal 30 juzuk. Pada masa yang sama, beliau
juga belajar pendidikan formal. Mohammed Morsi membesar secara
kebiasaan, bersifat seperti masyarakat desa yang jujur, taat beribadat,
sangat menjiwai nilai-nilai agama Islam yang menjadi semangat hidup dan
kehidupan keluarganya serta masyarakat desa Mesir pada umumnya.
Dalam dirinya terdapat sikap beragama yang tegak lurus di atas
nilai-nilai keseimbangan di antara ucapan dan tindakan. Beliau juga
mempunyai amalan zikir yang bersamaan dengan fikir serta menerapkan
syariat yang senafas dengan semangatnya. Mohammed Morsi sejak kecil
mencontohi Hasan al-Banna iaitu seorang yang istiqamah menjalankan
syariat Allah SWT serta pada masa yang sama beliau adalah pembela agama
yang teguh. Dua sifatnya iaitu pengamal syariat yang konsisten dan
pembela agama yang utuh telah membentuk sifat Mohammed Morsi menjadi
seorang yang bijak, tegas membela mereka yang dipinggirkan dan membela
kaum Mustadafin (lemah dan dilemahkan). Pada masa yang sama, beliau
sangat taat beribadat kepada Allah SWT.
Buku ini mengulas perihal keperibadian Mohammed Morsi juga sinar Khilafah Islam yang akan kembali gemilang.
Jangan tunggu lagi..jika berminat
SMS/Wassap 0196202110 / 01110792110
atau layari e-kedai kami
www.stormreaders.my/nurulhana
No comments:
Post a Comment